Enam subjek UMP tersenarai di QSWUR by Subject 2022, diiktiraf dunia

Enam subjek UMP tersenarai di QSWUR by Subject 2022, diiktiraf dunia

YUSERRIE ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Enam subjek Universiti Malaysia Pahang (UMP) disenarai antara terbaik dunia berdasarkan penarafan QS World University Rankings (QSWUR) by Subject 2022 yang diumumkan baru-baru ini. 

Subjek Kejuruteraan Kimia berada pada kelompok 150 hingga 200 terbaik dunia dan antara lima terbaik di Malaysia. 

Empat subjek lagi iaitu Kejuruteraan dan Teknologi di tangga ke-357 terbaik dunia, Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan (301 hingga 350), Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (401 hingga 450) dan Kimia (451 hingga 500) berada dalam kelompok terbaik dunia dan ke-10 terbaik di Malaysia. 

Penarafan kali ini turut menyaksikan subjek Sains Komputer dan Sistem Maklumat berada di kedudukan 601 hingga 650 terbaik dunia dan berada dalam kelompok 15 terbaik di Malaysia.

Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, kaedah penilaian QSWUR by Subjects 2022 ini dilakukan berdasarkan empat indikator. 

“Pencapaian tahun ini memperlihat Reputasi Akademik dan Reputasi Majikan bagi subjek  Kejuruteraan Kimia mendapat skor tertinggi manakala subjek Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik mendapat sitasi (Citation dan Indeks-H ( H-Index) tertinggi skor.   

“QS Quacquarelli Symonds adalah badan penarafan pendidikan tinggi antarabangsa menganalisis perbandingan membabitkan 15,200 program universiti, sebanyak 1543 universiti dan 88 lokasi di seluruh dunia merentasi 51 disiplin akademik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Yuserrie berkata, sebagai sebuah universiti teknikal yang kini melangkah usia 20 tahun, institusi pengajian tinggi (IPT) terbabit menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan kejuruteraan dan teknologi.

UMP jelasnya, akan memperkukuh peranannya dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) bagi  mengangkat agenda pemerkasaan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di semua peringkat.

“Universiti sentiasa menambah nilai program akademik melalui proses penanda aras secara berterusan menggunakan model Fachhochschule bertaraf dunia. Pengantarabangsaan program dual Ijazah kini sedang berkembang pesat  dan membanggakan dengan kebolehpasaran graduan berjaya melepasi 96 peratus mendapat pekerjaan,” katanya. 

Dalam memperkukuh lagi hubungan universiti, Yuserrie berkata, pihaknya bakal meneroka kerjasama antarabangsa ke beberapa negara termasuk di China dan Kazakhstan serta Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah lain. – UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya