Enam pelajar Sarawak dipilih sertai progam SEAYLP di Amarika Syarikat

Enam pelajar Sarawak dipilih sertai progam SEAYLP di Amarika Syarikat

Brian McFeeters (tengah) bersama parfa pelajar dari Sarawak dan seorang mentor yang terpilih menyertai Program Kepimpinan Belia Asia Tenggara (SEAYLP) di Northern Illinois University (NIU) di DeKalb, Illinois.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam pelajar dari Sarawak telah terpilih untuk menyertai Program Kepimpinan Belia Asia Tenggara ((SEAYLP) selama hampir sebulan iaitu dari 3 hingga 27 Mei di Northern Illinois University (NIU) di DeKalb, Illinois, Amerika Syarikat (AS).

Pelajar terbbabit ialah Angeleeca Domnu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Teresa, Kuching; Benedict Lim Hao Yan dan Isabelle Sim Mei Ing dari SMK Lutong, Miri; Eliza Tang Kah Li dari SMK Kidurong, Bintulu; Hannah Lenak Douglas dari SMK Tabuan Jaya, Kuching; dan Yeo Ming Hui dari SMK Batu Lintang, Kuching.

Turut menyertai mereka adalah seorang ,entor dewasa iaitu Sheela Faizura Nik Fauzi dari UiTM Kampus Samarahan, Kota Samarahan.

Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters telah mengadakan pertemuan dengan pelajar terbabit di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 12 April dan menggalakkan mereka menjadi “duta belia” yang akan terus mengukuhkan dan meningkatkan hubungan A.S.-Malaysia.

“Saya penyokong kuat program pertukaran ini. Mereka adalah platform yang sangat penting untuk membina hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara kita.

“Dan hubungan tersebut boleh membawa kepada kerjasama yang sangat luar biasa dalam sains, teknologi, perniagaan, seni dan pelbagai bidang lain.

“Saya benar-benar ingin menggalakkan anda semua memanfaatkan sepenuhnya pengalaman pertukaran anda. Sangat sedikit pelajar yang mendapat peluang seperti ini dan saya berharap anda semua akan memanfaatkan setiap hari ketika anda berada di Amerika Syarikat untuk mencuba perkara baharu dan membuat seberapa banyak yang boleh hubungan dengan rakyat Amerika,” kata McFeeters  ketika bertemu tujuh peserta SEAYLP itu.

SEAYLP menyediakan peluang kepada pelajar sekolah menengah dan mentor dewasa dari sepuluh negara anggota ASEAN untuk program pertukaran tiga minggu yang memfokuskan pada kepimpinan dan pembangunan belia serta meneroka cabaran bersama yang dihadapi oleh Amerika Syarikat dan negara anggota ASEAN.

Para peserta akan membangunkan projek untuk memenuhi keperluan komuniti mereka apabila  pulang ke tanah air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya