Elak kunci rumah guna 'mangga murah'

Elak kunci rumah guna ‘mangga murah’

ZAINOL Samah (kanan) memakaikan topi keledar berkualiti kepada seorang kanak-kanak ketika melancarkan Op Selamat Ke-18 peringkat negeri di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penduduk negeri ini yang bakal meninggalkan kediaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri diingatkan tidak menggunakan mangga murah atau tidak berkualiti, susulan peningkatan kes pecah rumah pada musim perayaan sebelum ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, orang ramai disaran meningkatkan tahap keselamatan rumah termasuk menggunakan mangga dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)  berkualiti tinggi.

“Setelah dua tahun kita tidak dapat bergerak jauh untuk beraya, saya yakin kali ini ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing. 

“Jadi, saya nasihatkan gunalah mangga dan CCTV yang berkualiti tinggi sebelum meninggalkan kediaman kerana kita percaya penjenayah juga akan aktif bergerak pada tempoh ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat Ke-18 peringkat negeri, di sini hari ini. 

Tambahnya, meskipun negara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, namun kes pecah rumah ketika Syawal merekodkan peningkatan sebanyak 57 peratus atau 11 kes berbanding tujuh pada 2020. 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kualiti CCTV sangat penting dalam membantu siasatan polis sekiranya kes pecah rumah berlaku. 

“Sekarang ini ramai yang dah pasang CCTV namun pastikan piksel rakaman adalah besar, barulah pihak polis dapat mengesan suspek sekiranya berlaku kejadian pecah rumah. Ada juga kes di mana pemilik rumah memasangkan CCTV pada sudut yang salah, jadi untuk perkara ini sebenarnya mereka boleh mendapatkan pendapat daripada polis,” jelasnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya