masjid zahir

EB semarak suasana Ramadan

Kakitangan Masjid Zahir membungkus bubur lambuk untuk diedarkan dalam program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran EB Frozen Food dan Media Mulia Sdn. Bhd. di Alor Setar, kelmarin. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) dan Media Mulia Sdn. Bhd. bertamu di Masjid Zahir di sini kelmarin menyemarakkan suasana sambutan Ramadan dalam kalangan warga bandar raya ini.

Meriah dan menceriakan. Itulah yang dapat digambarkan sepanjang program bermula daripada aktiviti gotong-royong memasak juadah popular itu oleh kakitangan masjid negeri berkenaan sehingga ke pengagihannya kepada orang ramai.

Lebih istimewa bukan hanya bubur lambuk, turut diagihkan bersama sebagai pek cenderamata ialah nugget ayam tempura yang digoreng dan gegelung kacang soya daripada EB.

Sebanyak 1,000 cenderamata diagihkan secara pandu lalu di hadapan masjid berkenaan dalam program tersebut bermula pukul 4 petang dan selesai kira-kira satu setengah jam kemudian.

Menurut Eksekutif Pemasaran EB, Nurul Fatihah Jamil, program di Masjid Zahir itu adalah yang kedua selepas aktiviti di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, baru-baru ini sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

“Program ini bagi menghargai penduduk Kedah terutama di bandar raya ini. EB mempunyai kilang di Kulim jadi tentulah orang Kedah tidak boleh ketinggalan menikmati juadah ini. Selain itu ia juga untuk mempromosi produk EB Frozen.

“Bubur lambuk, nugget ayam tempura yang sudah digoreng dan produk gegelung kacang soya yang dijadikan cenderamata ini diharap menceriakan penduduk di sini. Insya-Allah kita akan berkongsi rezeki di negeri-negeri lain juga nanti,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Zahir di sini.

Lokasi seterusnya, kata Nurul Fatihah, adalah di Kuala Lumpur iaitu Masjid Mua’dz Bin Jabal di Taman Setiawangsa pada 11 April, Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda (18 April), Masjid Kampung Baru (25 April) seterusnya terakhir di Masjid Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor (28 April).

“Sambutan memberangsangkan ketika bubur lambuk dan produk EB ini diagihkan kepada orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, sempena Hari Raya Aidilfitri ini, katanya, EB turut menganjurkan pertandingan, Spend and Win bertemakan, ‘Ini Barulah Raya’.

“Pelanggan perlu membeli produk sejuk beku EB sekurang-kurang RM30 dalam satu resit, memuat turun resit berkenaan ke aplikasi Whatapps di nombor 012-9156807 seterusnya menyatakan maklumat dikehendaki.

“Hadiah lumayan iaitu wang tunai RM1,088 dalam bentuk E-Wallet bagi tiga pemenang utama, RM80 (lima pemenang) dan saguhati RM10 (50 pemenang). Pertandingan bermula dari 1 April hingga 15 Mei ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya