Dua stesen minyak disiasat jual RON95 kepada kereta plat Singapura

Dua stesen minyak disiasat jual RON95 kepada kereta plat Singapura

AZMAN Adam bercakap dalam sidang akhbar sempena sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Hari Penguat Kuasa KPDNHEP 2022 di Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua buah stesen minyak di Johor sedang disiasat kerana didapati sengaja menjual petrol RON95 kepada beberapa buah kenderaan dengan plat pendaftaran Singapura.

Ia didedahkan Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam sebagai merujuk isu tular diperkatakan warganet ketika ini. 

“Setakat ini kita sudah menerima lima aduan mengenai insiden melibatkan kereta plat negara jiran itu, tetapi dua stesen minyak dalam proses siasatan lanjut sebelum tindakan,” katanya pada sidang akhbar khas bersempena dengan persiapan sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Penguat Kuasa kementerian berkenaan, di sini hari ini.

Isu itu tular menerusi wadah media sosial apabila ramai netizen berkongsi foto dan meluahkan kemarahan berhubung tindakan biadab pemandu kereta Singapura mengisi petrol RON95.

Ia susulan kelonggaran pembukaan semula sempadan antara Malaysia dengan negara jiran di sebelah Johor tersbeut mulai Jumaat lalu selaras tempoh peralihan fasa endemik Covid-19.

RON95 diberikan subsidi oleh kerajaan untuk rakyat negara ini dengan harganya ditetapkan malar sebanyak RM2.05 seliter menjadikan Malaysia negara ke-11 yang paling murah di dunia.

Sebaliknya, di Singapura, petrol jenis tersebut dijual mengikut harga pasaran semasa dengan ketika ini ialah S$3.02 (RM9.37) selain dikenakan cukai minyak oleh pemerintah republik itu.

Mengulas lanjut, Azman berkata, kenderaan dengan plat luar negara hanya boleh mengisi RON97 sejak perintah larangan penjualan RON95 dikeluarkan oleh kerajaan pada 1 Ogos 2010.

“Bahkan mulai 2018, kita sudah pantau sejumlah 281 stesen minyak berhampiran sempadan dan pada 2020 lalu, larangan ini turut meliputi motosikal dengan plat negara asing,” tegasnya.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan ada kenderaan negara jiran mengisi RON95 di stesen minyak yang berada luar jarak 25 kilometer dari Singapura dan 50 kilometer dari Thailand.

Justeru, pihaknya sudah menggerakkan program khusus termasuk lawatan mengejut dan skuad peronda khas bagi memantau stesen yang dikenal pasti dan terletak jauh dari sempadan.

Ini termasuk sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang yang mula menjadi tumpuan banyak kenderaan berpendaftaran asing cuba mengambil kesempatan tidak mengisi petrol RON97. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya