Dua beradik maut dalam kebakaran rumah kedai ketika sahur

Dua beradik maut dalam kebakaran rumah kedai ketika sahur

ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah kedai di Seri Iskandar di Parit, Perak, hari ini. - FOTO/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Dua beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Persiaran SIBC 1, Seri Iskandar di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 5 pagi itu mengorbankan seorang bayi perempuan, Nor Fahmia Mohd. Fazlan berusia tujuh bulan dan abangnya, Muhammad Fahmi berusia empat tahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai kebakaran itu pada pukul 5.10 pagi.

Menurutnya, kebakaran tersebut melibatkan bangunan tiga tingkat di mana bahagian bawahnya merupakan kedai makan manakala tingkat dua pula merupakan kediaman pekerja kedai makan berkenaan manakala tingkat atas pula kosong.

“Kebakaran berlaku di tingkat dua yang mempunyai dua bilik yang menempatkan pekerja dan dua beradik tersebut. 

“Semasa kejadian, hanya tinggal dua kanak-kanak tersebut di tingkat dua manakala ibu bapa dan pekerja lain berada di tingkat bawah sedang bersahur. 

“Pihak bomba telah berjaya keluarkan kedua-dua kanak-kanak  yang terperangkap dan pemeriksaan mendapati  tiada sebarang kesan kebakaran nyata di tubuh badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Barudin berkata, kedua-dua beradik berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas dibawa ke Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, disini. 

“Api telah berjaya dipadamkan dalam tempoh 25 minit. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca kematian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya