Dokumen bocor: Kalau tak benar, Pas perlu lapor polis - Utusan Malaysia

Dokumen bocor: Kalau tak benar, Pas perlu lapor polis

KERATAN laporan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: UMNO Kelantan mendesak Pas memberi penjelasan di atas isu pendedahan beberapa dokumen tular yang dikatakan tercatat di dalam Laporan Political Engagement Pas Pusat baru-baru ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kandungannya yang menyebut mahu memastikan perbicaraan dan hukuman terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dipercepatkan adalah amat mengejutkan.

Perkara itu kata beliau, menunjukkan wujud campur tangan dalam kes sedang dihadapi oleh dua pemimpin utama UMNO, sekali gus memberi gambaran Pas dan Bersatu berniat jahat mahu mencampuri sistem perundangan negara.

“Sekiranya perkara ini tidak benar, Pas Pusat perlu segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan tuntas dijalankan kerana ia melibatkan nama baik institusi kehakiman dan perundangan negara yang perlu dipertahankan.

“Namun sekiranya benar, ia satu perkara yang amat memalukan negara apabila suatu komplot pemusnahan karakter jahat dan kotor dibuat oleh gabungan PN dalam bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, tular beberapa dokumen minit mesyuarat PN berkenaan pertemuan antara pemimpin Pas dengan beberapa pemimpin parti lain pada 24 dan 27 Mac, serta pada 4 dan 7 April.

Antara kandungannya, rancangan mempercepatkan hukuman terhadap pemimpin UMNO yang dibicarakan atau disabitkan dengan tuduhan seperti pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya