Dewan pengurusan jenazah kemudahan terbaharu kariah Masjid Sembilang

Dewan pengurusan jenazah kemudahan terbaharu kariah Masjid Sembilang

CHOW KON YEOW ketika hadir merasmikan Dewan Pengurusan Jenazah dan Tempat Waris Menunggu di Masjid Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH:  Ahli kariah Masjid Sembilang di Seberang Jaya di sini kini tidak lagi perlu risau jika berlaku sebarang kematian walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan.

Ini kerana sebuah bangunan yang dikenali sebagai Dewan Pengurusan Jenazah dan Tempat Waris Menunggu kini telah siap dibina dalam kawasan pekarangan masjid tersebut sejak hujung tahun lepas.

Difahamkan, projek bernilai RM100,000 itu diluluskan kerajaan negeri sejak April 2021 sebelum siap sepenuhnya Disember lalu.

Setiausaha Jawatankuasa Kariah Masjid Sembilang, Mohd. Naqi Md. Ali atau dikenali sebagai ‘Mamu Rashid‘ berkata, sehingga kini, enam jenazah kariah setempat telah berjaya diuruskan sepenuhnya oleh pihak masjid di dewan berkenaan.

“Kita uruskan semuanya bermula dengan mengambil jenazah di rumah, memandi, mengkafan dan mensolatkan jenazah tersebut di masjid.

“Kita juga menguruskan hal-ehwal pengkebumian jenazah dan semua urusan ini dilakukan secara percuma. Waris cuma perlu membeli batu nisan sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, kemudahan terbaharu itu bukan sahaja meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga si mati dalam menguruskan jenazah, malah memudahkan segala urusan kerana dilakukan pihak masjid sepenuhnya dari awal hingga ke akhir.

“Dalam hal ini, pihak masjid juga amat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana prihatin dengan perkara ini,” ujar beliau.

Selain kemudahan Dewan Pengurusan Jenazah dan Tempat Waris Menunggu itu, beberapa kemudahan lain turut disediakan oleh pengurusan Masjid Sembilang termasuk dewan serba guna, klinik serta kedai gunting yang kesemuanya beroperasi dalam kawasan masjid terbabit.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya