Debat Anwar-Najib soal peribadi individu dengan individu - Utusan Malaysia

Debat Anwar-Najib soal peribadi individu dengan individu

Najib Razak dan Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak akan menyiarkan secara langsung debat antara Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Sapura Energy Bhd. (SEB) pada 12 Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, debat berkenaan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan.

Sebaliknya, menurut beliau, acara yang akan diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur pada pukul 9 malam itu lebih kepada soal peribadi melibatkan individu dengan individu.

“Saya fikir ia adalah debat antara dua individu dan tiada kaitan dengan RTM kerana ia tidak melibatkan kerajaan atau pemimpin.

“Setakat ini, debat itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan dan saya juga tidak didatangi oleh sesiapa meminta untuk disiarkan secara langsung,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, semalam.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada RTM akan menyiarkan debat antara dua tokoh politik berkenaan.

Terdahulu, melalui kenyataan bersama Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Penasihat Komunikasi Barisan Nasional (BN), Isham Jalil, program itu dapat disaksikan secara langsung melalui media-media yang akan diumum kemudian, atau secara fizikal atas jemputan kedua-dua pemimpin berkenaan. 

Kata kenyataan itu lagi, format debat tersebut merangkumi tiga bahagian iaitu permasalahan dihadapi SEB serta sama ada ia perlu diselamatkan ataupun tidak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya