DAP bantu pemandu wanita kes basikal lajak, keluarga

DAP bantu pemandu wanita kes basikal lajak, keluarga

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemimpin DAP mengakui terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman enam tahun penjara kepada pemandu wanita yang terlibat dalam nahas basikal lajak, lima tahun lalu.

Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaaan, Tan Hong Pin berkata, pihaknya berasa kesal dengan perkembangan terbaharu berhubung kejadian itu yang mana hukuman berkenaan dirasakan terlalu berat.

Sehubungan itu katanya, pihaknya akan tampil menghulurkan bantuan sedaya upaya kepada wanita berkenaan iaitu Sam Ke Ting dan  ahli keluarganya.

“Kemalangan basikal lajak pada 18 Febuari 2018 menyebabkan lapan nyawa terkorban adalah satu tragedi yang cukup menyayat hati, bukan sahaja buat keluarga mangsa tetapi juga untuk seluruh masyarakat kita. Dalam tempoh lima tahun, pemandu kereta yang terlibat telah diheret keluar masuk mahkamah puluhan kali untuk menghadapi pengadilan. 

“Pada tahun 2019 dan 2021, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman tidak bersalah ke atasnya berdasarkan bukti yang dikemukakan iaitu tidak memandu melebihi had laju, tidak menggunakan telefon mudah alih dan tiada apa-apa bukti rekod sejarah memandu secara tidak berhemah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan beserta denda RM6,000 kepada Ke Ting yang mana jika gagal bayar akan dikenakan enam bulan tambahan penjara bagi kesalahan itu. 

Berdasarkan pertuduhan, jurujual yang ketika kejadian berusia 22 tahun didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada pukul 3.20 pagi.

Kelapan-lapan mangsa terlibat ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie; Muhammad Firdauz Danish Mohd. Azhar; Fauzan Halmijan; Mohamad Azhar Amir; Muhammad Harith Iskandar Abdullah; Muhammad Shahrul Nizam Marudin dan Haizad Kasrin yang kesemua mereka berusia 13 hingga 16 tahun ketika kejadian.

Tambah Hong Pin, kes tersebut telah menarik perhatian dan komentar pelbagai pihak termasuk keputusan mahkamah hari ini yang didakwa telah mencetuskan persepsi antara orang ramai di mana hukuman yang dijatuhkan terlalu berat.

“Saya berharap hak untuk Ke Ting dapat terus dibela, kes ini menimbulkan polemik dan kontroversi. Saya tegaskan bahawa, emosi, polemik dan kutuk-mengutuk tidak sedikit pun membantu dari segi menegakkan kebenaran dan memastikan keadilan untuk semua pihak. Biarlah kita mengambil sikap rasional dalam membincangkan kes tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya