Cuti tanpa rekod perayaan Songkran pengkitrafan masyarakat Siam 

Cuti tanpa rekod perayaan Songkran pengkitrafan masyarakat Siam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian cuti tanpa rekod kepada penjawat awam berketurunan Siam sempena Perayaan Songkran adalah satu keistimewaan kepada mereka yang sama-sama berusaha membangunkan negara. 

Perdana Menteri berkata, keistimewaan itu adalah sebagai pengiktirafan kepada masyarakat Siam yang menjadi sebahagian daripada rakyat pribumi negara ini. 

Kata beliau, perayaan Songkran tahun ini disambut dalam suasana yang masih lagi perlu berhati-hati dengan ancaman Covid-19 yang menjejaskan kehidupan harian dan kegiatan ekonomi seluruh rakyat Malaysia serta penduduk dunia.

 “Sama-samalah kita mendoakan agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala agar kita boleh menyambut perayaan ini dan perayaan rakyat Malaysia yang lain dengan lebih meriah. 

“Saya berharap seluruh masyarakat Siam dapat menggunakan perayaan ini bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim dengan sahabat handai serta jiran tetangga yang berbilang bangsa. Itulah asas kepada kesejahteraan yang menjadi tunjang kepada konsep Keluarga Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri pada masa sama berharap masyarakat Siam khasnya dan seluruh Keluarga Malaysia amnya terus berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang masa.

“Selamat Menyambut Perayaan Songkran dan Tahun Baharu kepada Keluarga Malaysia keturunan Siam di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya