Cubaan seludup gelatin lembu dari China gagal

Cubaan seludup gelatin lembu dari China gagal

MAQIS Pulau Pinang mematahkan cubaan menyeludup masuk kira-kira 3,000 kg gelatin lembu dari Shandong, China ketika pemeriksaan di Pelabuhan Dermaga Air Dalam, Butterworth, Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri mematahkan  cubaan menyeludup masuk kira-kira 3,000 kilogram (kg) gelatin lembu dari Shandong, China, Isnin lalu.

Difahamkan, gelatin lembu bernilai RM40,322.56 itu dibawa masuk tanpa menggunakan permit import Maqis yang sah.

Maqis Pulau Pinang dalam satu kenyataan memaklumkan, kontena atau kargo yang membawa bahan tersebut ditahan ketika berada di Terminal Kargo Zon Bebas Butterworth (BWCT) di Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD), di sini.

“Kesemua dagangan tersebut kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728].

“Sabit kesalahan, mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, Maqis Pulau Pinang sentiasa menjalankan pemeriksaan terhadap setiap keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara bagi memastikan keluaran pertanian tersebut sama ada komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang diimport mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Katanya, ini bagi menjamin keselamatan makanan serta bebas daripada perosak dan penyakit serta halal untuk dimakan oleh rakyat.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya