PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan sebanyak 2,573 kes positif Covid-19 berbanding kelmarin, 2,935 kes sekali gus terus diatasi 7,585 kes sembuh.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 78 kes berbanding jumlah kelmarin, 84 kes.
Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sebanyak 50 kes berbanding jumlah kelmarin, 56 kes.
Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,180 kes diikuti Kuala Lumpur (376 kes), Pulau Pinang (209 kes), Perak (175 kes), Negeri Sembilan (141 kes), Johor (105 kes) dan Melaka (80 kes).
Diikuti Sarawak (72 kes), Pahang (58 kes), Kedah (57 kes), Sabah (46 kes), Putrajaya (42 kes), Terengganu (16 kes), Kelantan (12 kes), Perlis (sembilan kes) dan Labuan (satu kes).
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada pertambahan dicatatkan sekali gus hanya 84 kluster yang masih aktif.
Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, sebanyak enam kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,542 kes.
Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,521 kes. – UTUSAN