CEO KVG Group terima anugerah

CEO KVG Group terima anugerah

JAZMAN Shahar Abdollah menerima anugerah ‘CEO Burj CSR Award’ dalam majlis anugerah Burj CEO edisi kelima di Menara Burj Khalifa, Dubai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan KVG, Jazman Shahar Abdollah mencipta nama di persada antarabangsa apabila menerima anugerah ‘CEO Burj CSR Award’ dalam majlis anugerah Burj CEO edisi kelima di Menara Burj Khalifa, Dubai, baru-baru ini.

Jazman Shahar berkata, anugerah itu atas usaha mempromosikan kehidupan mampan menerusi pertanian khususnya kenaf di peringkat global.

“Sangat bersyukur menerima anugerah ini dan berbangga membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa kerana hanya KVG syarikat dari Malaysia tercalon di anugerah berprestij ini.

“Peristiwa ini penting buat syarikat KVG hasil inisiatif dalam mendidik dan menyokong kehidupan lestari terutamanya melalui kenaf,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengiktirafan anugerah itu turut menunjukkan KVG memasuki rantau Timur Tengah melalui syarikat pemegang pelaburan yang baru ditubuhkan miliknya, Ar Rizq Capital Investment LLC (ARCB), yang baru baru ini dilancar di Dubai, UAE.

Menurutnya, ARCB sedang meneroka pasaran pelaburan antarabangsa bermula dengan Dubai diikuti negara negara Timur Tengah yang lain.

“ARCB ialah platform terbaik membawa KVG dan syarikat kumpulan menerokai pasaran antarabangsa membangunkan industri yang turut menyumbang terhadap Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).

“Matlamat penubuhan syarikat dan United Nation Disaster Risk Management (UNDDR) sebagai rakan kongsi akan membawa perubahan besar bagi inisiatif kelestarian secara global,” katanya.

Anugerah BURJ CEO dikendali oleh Sheikh Juma Maktoum Juma Al Maktoum mengumpulkan pegawai eksekutif, syarikat, institusi dan perniagaan di seluruh dunia yang terkenal di majlis yang berprestij di atas pencapaian yang luar biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya