Cadangan memperbesar Empangan Air Itam tidak munasabah 

Cadangan memperbesar Empangan Air Itam tidak munasabah 

CADANGAN memperbesar Empangan Air Itam di Pulau Pinang untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat disifatkan tidak munasabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Cadangan memperbesar Empangan Air Itam di sini, untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat mungkin adalah idea tidak munasabah meskipun kedengaran seperti baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, setakat bulan ini, simpanan air Empangan Air Itam berkurangan dan senario itu bukan disebabkan kapasiti empangan tidak mencukupi.

Sebaliknya, jelas beliau, situasi itu berikutan kekurangan taburan hujan di kawasan tadahan air (KTA) empangan dan permintaan air yang tinggi di Air Itam serta kawasan sekitarnya. 

“Membina Empangan Air Itam yang lebih besar adalah tidak masuk akal, jurutera bekalan air akan mencadangkan menambah saiz empangan hanya jika data hujan menunjukkan KTA (atau sumber air mentah, seperti sungai) boleh menyalurkan lebih banyak air daripada kapasiti maksimum empangan yang sedia ada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Jurucakap Parti Gerakan Rakyat Malaysia Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam, Eric Woo mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjalankan projek meningkatkan kapasiti air di Empangan Air Itam bagi mengelakkan masalah bekalan air di negeri ini.

JASENI MAIDINSA

Menurut Jaseni, memperbesar Empangan Air Itam tanpa menambah saiz KTA adalah sia-sia dan sama seperti menuang jumlah sup yang sama dari mangkuk yang lebih kecil ke dalam mangkuk lebih besar.

“KTA Air Itam yang dilindungi tidak boleh diperbesar kerana Pulau Pinang adalah negeri sesak dan tidak banyak kawasan hutan hujan yang tinggal untuk diwartakan. Selain itu, risiko untuk membesarkan empangan berusia 60 tahun yang terletak di atas kawasan padat penduduk tidak boleh diterima,” katanya. 

Tambahnya, bagi memastikan Air Itam dan Pulau Pinang mempunyai bekalan air yang mencukupi sehingga 2030, PBAPP melaksanakan Pelan Kontingensi Air Mentah 2030 (RWCP 2030).

Jaseni menambah, PBAPP ingin meyakinkan pengguna air Pulau Pinang yang mana RWCP 2030 direka bentuk dengan teliti untuk membantu  menangani isu bekalan air di semua kawasan di seluruh negeri termasuk kawasan tanah tinggi atau hujung paip agihan (HPA) Air Itam, Bukit Gedung dan Seberang Perai Selatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya