Bukan perkara luar biasa panggil balik duta, konsul - Utusan Malaysia

Bukan perkara luar biasa panggil balik duta, konsul

KONSUL Jeneral Malaysia di Dubai antara dipanggil balik ke tanah air ekoran kegagalan penyediaan SOP untuk Perdana Menteri. - WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan telah bertindak tegas memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohd. Tarid Sufian ke tanah air baru-baru ini.

Malah kementerian itu mengesahkan Konsul Jeneral Malaysia ke Dubai, Mohd. Hasril Abdul Hamid dipanggil balik ke negara ini dan perkara itu bukanlah luar biasa.

“Tindakan memanggil kedua-dua pegawai tersebut juga bukan sesuatu luar biasa dan dibuat melalui perundingan dengan pihak berkenaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya merujuk laporan sebuah portal tempatan kelmarin yang mendakwa konon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kecewa lawatannya ke UAE tiada protokol rasmi.

Beliau mengadakan kunjungan rasmi julung kali ke negara itu selama tiga hari bermula 29 Mac lalu sempena dengan penutupan Ekspo Dubai 2020 dan pelbagai program sampingan lain. Bagaimanapun portal itu melaporkan konon beliau tidak menerima sambutan tetamu negara dan tidak selaras prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi lawatan peringkat tinggi.

Wisma Putra melahirkan rasa kesal atas laporan itu tidak tepat malah bersifat spekulasi dan tohmahan tidak berasas dengan sumber dirujuk bukan daripada pihak terlibat.

“Tindakan memanggil pulang itu diambil demi menjaga kepentingan hubungan dua hala yang erat selama ini di samping memastikan tahap kompetensi perkhidmatan awam. Langkah sedemikian dibuat kerana kegagalan mereka berdua menyelaras urusan logistik dan pentadbiran bagi lawatan Perdana Menteri ke UAE berdasarkan SOP peringkat tinggi negara. Antaranya termasuk gagal memaklumkan kepada pihak Wisma Putra mengenai penganjuran majlis penutup Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia pada 30 Mac ketika beliau berada di situ.

“Kementerian sebaliknya hanya tanya pada pagi tarikh itu melalui sumber lain dan jika awal diberitahu, usaha tentunya dibuat supaya Perdana Menteri dapat berucap di program tersebut. Paling ketara jelas Wisma Putra, apabila beliau terpaksa menanti lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh imigresen selain tiada liputan dan kawalan keselamatan. Sepatutnya ada pergerakan motoked seperti amalan SOP biasa kerana kelazimannya dalam keadaan apa sekalipun, Ketua Perwakilan Malaysia tetap menyediakan perkara itu,” katanya.

Bahkan, ia ada disediakan ketika Perdana Menteri menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, jika kerajaan tuan rumah tidak pun sempat berbuat demikian.

Ismail Sabri bagaimanapun diundang menghadiri majlis penutup sidang itu ketika bertemu dengan Menteri Kerjasama Antarabangsa dan Luar Negeri UAE, Reem Ebrahim Al Hashimy. UAE kemudian menyediakan semua kemudahan untuk Perdana Menteri termasuk perbarisan kehormat pada majlis pelepasan pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum.

“Semasa di terminal itu, beliau diundang oleh kerajaan UAE bagi menyampaikan ucap tama sidang tersebut pada 2023 dan Perdana Menteri menyatakan persetujuan atas pelawaan itu. Lawatan ke UAE secara keseluruhan telah berjaya mencapai objektif disasarkan termasuk pemeterian beberapa memorandum persefahaman yang dihadiri beliau. Perdana Menteri turut bertemu Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Mohamed Rashid Al Maktoum pada sidang kemuncak dianjurkan hasil inisiatif Kementerian Luar sendiri,” kata Wisma Putra. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya