KUALA LUMPUR: Selaras dengan kesan ekonomi berikutan pandemik Covid-19, juadah berbuka puasa tetap diteruskan seperti biasa menjelang bulan Ramadan.
Ia termasuk Chasemen Apartment Hotel yang turut menyajikan 150 juadah dengan berkonsepkan Menu Desa Ramadan dengan harga serendah RM69.90 bagi 1,000 tempahan awal.
Menurut Ketua Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Hasry Sham Chasmen, Ramadan Buffet ini adalah sebagai usaha bagi meningkatkan semula ekonomi negara melalui industri pelancongan dengan cara menyediakan pakej penginapan istimewa sambil bercuti di kawasan strategi kepada mereka yang ingin meneroka keindahan bandar Kuala Lumpur di samping pakej bufet Ramadan yang disediakan.
“Kita dah buat kajian harga di sektor perhotelan dan hotel tiga bintang ke atas, kita paling rendah sekali di Kuala Lumpur.
“Harga ditawarkan RM77 sekitar 20 kilometer di Cheras ini, hotel kita paling murah setakat ini. Bila buka harga, orang bukan kisah pasal murah tapi pelanggan nak tengok berapa banyak menu yang ditawarkan. Kita melihat jumlah menu kita juga paling banyak yang disediakan kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.
Bukan itu sahaja, Hasry turut berkata, Chasemen Apartment Hotel juga menyediakan ruang solat yang selesa dengan kapasiti 500 jemaah dalam satu masa.
“Kita sanggup korbankan satu dewan demi menunjukkan apa yang kita buat bukan berasaskan perniagaan semata-mata, tetapi bebas Covid-19 bersama keluarga dan rakan-rakan agar dapat berbuka dengan kadar harga yang paling rendah,” jelasnya.
Dengan harga promosi yang berbaloi itu, tetamu dapat menikmati irama muzik ghazal dengan masakan kampung sebagai ‘signature’ seperti gulai darat, masakan asam pedas dan sambal belimbing.
Namun, dalam masa yang sama pelbagai makanan selain konsep kampung turut disediakan bagi memenuhi cita rasa pengunjung yang hadir.
Chasemen Apartment Hotel merupakan penjenamaan yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Cempaka Apartment Hotel, umum mengetahui ia tersenarai dalam pendaftaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac). – UTUSAN