Bomba tangkap ular sawa 50kg 

Bomba tangkap ular sawa 50kg 

ANGGOTA bomba menangkap ular sawa yang dijumpai di pintu empangan Sungai Ulu Lenggong, Kampung Ulu Lenggong, Hulu Perak, hari ini. - FOTO/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Seekor ular sawa seberat 50 kilogram (kg) dijumpai di pintu empangan Sungai Ulu Lenggong di Kampung Ulu Lenggong di sini, pagi tadi.

Ular sepanjang enam meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong.

Ketua BBP Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, maklumat kehadiran reptilia itu diterima daripada penduduk kampung pada pukul 9.30 pagi.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi segera menangkap ular sawa berkenaan dengan menggunakan peralatan khas penjerut ular.

“Ketika proses menangkap, reptilia itu agak agresif namun berjaya dikawal. Anggota mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular tersebut.

“Reptilia itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pukul 10.11 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya