Bomba pantas elak kebakaran besar kilang

Bomba pantas elak kebakaran besar kilang

PASUKAN bomba sedang mengawal kebakaran sebuah kilang perusahaan makanan di Taman Sentosa di Klang, Selangor, lewat malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sebuah kilang perusahaan makanan di Taman Sentosa di sini, daripada musnah terbakar sepenuhnya lewat malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11 malam itu mengakibatkan 60 peratus kebakaran sekali gus tidak merebak ke kawasan berdekatan lain.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis Mohd. Noor berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.13 malam.

Katanya, operasi pemadaman itu disertai sepasukan 37 anggota termasuk pegawai dari enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) antaranya Andalas, Kota Raja dan Pelabuhan Klang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati api sedang marak di bangunan kilang berkenaan.

“Anggota bomba menerusi enam jentera kemudian segera memadamkan kebakaran yang berjaya dikawal pukul 1.30 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norazam, tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Nilai kerugian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya