Bertemu Musa Aman, sekadar pertemuan rakan lama

Bertemu Musa Aman, sekadar pertemuan rakan lama -Salleh

GAMBAR pertemuan Salleh Tun Said (dua kanan) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (tiga kiri) bersama Musa Aman (tengah) pada hujung bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiada sebarang agenda, itu hanya sekadar pertemuan dengan rakan lama yang kebetulan ketua atau Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dahulu.

Demikian penjelasan Pengerusi Kelab Backbenchers GRS-BN, Datuk Seri Salleh Tun Said mengenai pertemuan bersama bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman sebelum ini.

“Dia adalah rakan lama dan ketua saya dahulu jadi sudah tentu menjadi tanggungjawab kita untuk berdamping dengan semua pihak dan Tan Sri Musa juga mempunyai banyak jasa kepada Sabah.

“Dalam pertemuan itu, beliau (Musa) menyatakan dia ingin melihat kerjasama BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diperkukuhkan.

“Biarpun dahulu kita memang bersatu namun, disebabkan perkembangan politik berubah dan kita harus terima hakikat bahawa politik itu dinamik dan bukannya statik,” katanya selepas majlis berbuka puasa Qhazanah Sabah Berhad bersama anak-anak yatim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu berkata, semasa pilihan raya umum (PRU) lalu, BN bergabung bersama Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam GRS dan sekarang gabungan itu didaftar secara rasmi.

Walaupun tiada penyertaan UMNO atau BN namun, mereka menyokong penubuhan GRS yang turut disertai oleh PBS.

Mengulas lanjut katanya, ketika ini politik negara sedang berhadapan dengan pengundi muda iaitu Undi 18 yang mempunyai citarasa berbeza dan cepat bosan dengan wakil rakyat yang terlalu asyik berpolitik.

Maka, wakil rakyat tidak harus berpecah hanya kerana perbezaan pendapat. Perbezaan yang ada perlu diraih demi pembangunan negara.

Menurut Salleh, beliau seorang ahli politik yang agak terbuka jadi gambar bersama Tan Sri Musa Aman itu bukan sesuatu yang menghairankan.

“Saya banyak gambar-gambar lain, macam-macam gambar ada. Saya seorang yang agak terbuka jadi, saya ada gambar bersama Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim,” katanya berseloroh.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya