Berbuka puasa secara potluck di Dataran 1Malaysia Klebang

Berbuka puasa secara potluck di Dataran 1Malaysia Klebang Sabtu ini

MOHAMAD Ali Mohamad meninjau kawasan pesisir pantai di Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka bagi penganjuran majlis berbuka puasa. - FOTO/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: UMNO Bahagian Tangga Batu akan menganjurkan majlis berbuka puasa berkonsepkan juadah bawaan (potluck) di pesisir pantai di Dataran 1Malaysia Klebang dekat sini, Sabtu ini.

Ketuanya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, seluruh masyarakat di Parlimen Tangga Batu diminta beramai-ramai menghadiri majlis berkenaan yang akan diadakan di kawasan tumpuan pelancong.

Beliau berkata, ia adalah kali pertama diadakan di kawasan pesisir pantai berkenaan.

“Sehubungan itu, saya menjemput dan mempelawa semua orang Melaka khususnya warga Parlimen Tangga Batu untuk sama-sama kita, berbuka puasa secara santai dan pada masa yang sama dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.

“Kita bawa makanan secara potluck dan bersantai bersama sambil menikmati juadah berbuka puasa, kita eratkan silaturahim dan persaudaraan sesama kita. Ada hikmahnya apabila berbuka puasa beramai-ramai,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mohamad Ali yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara menambah, pihaknya akan menyediakan tempat untuk menunaikan solat Maghrib serta makanan dan minuman seperti air balang, minuman panas, mee goreng dan kurma.

Katanya, majlis itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.

“Saya meminta orang ramai untuk hadir dan berkumpul di kawasan pesisir pantai berkenaan bermula pukul 6.30 petang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya