Bekas inspektor dituduh ambil  rasuah RM500 - Utusan Malaysia

Bekas inspektor dituduh ambil  rasuah RM500

MOHAMAD Hilmi Abd. Hamid (depan) yang dituduh menerima rasuah sebanyak RM500 tiba di Mahkamah Sesyen, Alor Setar hari ini. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang bekas pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima suapan  RM500 tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Hilmi Abd. Hamid, 38,  mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan  oleh jurubahasa di depan Hakim,Harmi Thamri Mohamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh iaitu bekas inspektor dan bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling didakwa menerima rasuah tersebut daripada seorang lelaki pada pukul 3.45 petang, 17 April 2015.

Rasuah tersebut didakwa diterima tertuduh dalam sebuah kereta Honda Civic di depan kedai makan Cili Merah, Kampung Ceruk Bemban di Kupang, Baling.

Suapan tersebut sebagai dorongan untuk tertuduh membantu seorang lelaki lain berumur 46 tahun yang positif dadah agar hanya menjalani hukuman pengawasan dan tidak dihantar ke pusat serenti.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim menetapkan kadar jaminan  RM12,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh diarah untuk menyerahkan pasport serta melapor diri di Pejabat SPRM Sungai Petani dua bulan sekali.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya