Bau diesel di LRA Sg Semenyih, 463 kawasan alami gangguan

Bau diesel di LRA Sungai Semenyih, 463 kawasan alami gangguan tidak berjadual

PETUGAS LUAS sedang menghidu bau dikenal pasti diesel yang menyebabkan pencemaran air Sungai Semenih di muka sauk LRA Sungai Semenyih, tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pencemaran bau seakan diesel di kesan di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih di Jenderam Hilir oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan berkata, siasatan sedang dijalankan selepas pemantauan statik sekitar 1.5 kilometer dari muka sauk tersebut menunjukkan bacaan sifar ton pada pukul 12 tengah hari.

“Siasatan dijalankan di beberapa lokasi bagi mengenal pasti punca pencemaran tersebut. LUAS juga meningkatkan kekerapan pensampelan bau di lokasi pemantauan statik daripada satu jam kepada 30 minit untuk memantau rapi status semasa air sungai.

“Sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu Air Selangor dalam makluman kepada umum memberitahu, henti tugas sementara dilakukan di LRA Sungai Semenyih bermula tengah hari tadi dan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 463 kawasan di lima wilayahnya.

Kawasan yang terjejas seperti, Petaling Jaya (172 kawasan), Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

“Bagaimanapun, memandangkan bacaan pencemaran berada pada tahap sifar ton pada pukul 4 petang tadi, LRA Sungai Semenyih sudah mula beroperasi bagi memulakan proses pembersihan.

“Justeru, bekalan air bersih dan terawar dijangka akan dapat disalurkan secara berperingkat kepada pengguna mulai pukul 12.30 tengah malam ini,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu lagi, bantuan alternatif melalui lori tangki digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal.

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya