Batik Malaysia unik dan tersendiri

Batik Malaysia unik dan tersendiri

TIMBALAN Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Santhara J.P (tengah) menyaksikan Aididah Ibrahim (duduk kiri), dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group, Kapten Izham Ismail menandatangani Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Malaysia Airlines Berhad di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. – utusan/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu cakna dengan motif batik Malaysia dalam usaha untuk memartabatkan produk batik hasil daripada usahawan kraf batik tempatan yang lebih unik dan eksklusif.

Maklumat dari Kraftangan Malaysia, Batik Malaysia didefinasikan sebagai seni kraf hasil kerja tangan sepenuhnya atau sebahagiannya yang mempunyai motif ber­iden­titikan seni dan budaya masyarakat Malaysia melalui proses pembuatan batik dengan menggunakan lilin batik atau bahan serta teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak.

Teknik pembuatan batik terdiri daripada Batik Lukis (Canting), Batik Terap, Batik Sutera Saring dan Batik Alternatif.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Aididah Ibrahim menza­hirkan harapannya untuk melihat orang ramai tidak kira pekerja sektor kerajaan mahupun swasta untuk mengutamakan batik Malaysia berbanding hanya bergantung pada pemakaian batik cetak.

“Kami alu-alukan mereka yang nak derma batik kepada penjawat awam. Namun, bagi kami di Kraftangan Malaysia, kami ingin memastikan batik yang diberikan itu adalah batik Malaysia.

“Kita ada pelbagai jenis batik dan terdapat batik yang datangnya daripada luar negara. Dalam menyahut saranan pemakaian batik Malaysia oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, tekstil batik Malaysia perlulah diutamakan.

“Batik Malaysia ada pelbagai contohnya batik lukis, batik terap, batik sutera saring dan batik alternatif,” katanya dalam satu sidang media di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

“Batik Malaysia merupakan seni kraf hasil kerja tangan sepenuhnya atau sebahagiannya yang mempu­nyai motif beridentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia.

“Identiti itu boleh dilihat melalui proses pembuatan batik dengan menggunakan lilin batik atau bahan serta teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak,” katanya.

Tambah Aididah, orang ramai boleh membezakan batik buatan Malaysia dengan batik lain menerusi definisi batik itu sendiri yang membawa perbezaan.

“Batik Malaysia adalah hasil kraf kerja tangan sepenuhnya atau sebahagian yang mempunyai motif menggambarkan budaya kita di Malaysia.

“Cara pembuatan batik perlulah melalui proses-proses tertentu jadi sekiranya yang ada dalam pasaran ketika ini adalah batik cetak semata-mata, itu tidak boleh diiktiraf sebagai batik.

“Sekiranya batik terutamanya buatan Malaysia, kita akan dapat melihat teknik halangan warna digunakan dan itu yang menjadikannya satu seni eksklusif,” katanya.

Aididah ditemui semasa sesi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Mengulas mengenai cara untuk membezakan batik Malaysia dan Indonesia, Aididah berkata perbezaan yang paling ketara merupakan motif batik itu sendiri.

“Motif batik Indonesia lebih menjurus kepada identiti dari kedaerahan atau provinsi dengan motif yang popular seperti parang rosak, burung dan sebagainya. Manakala motif batik Malaysia lebih bebas dengan motif flora dan fauna serta mengikut definasi batik yang dinyatakan.

“Selain itu, batik Malaysia mem­punyai warna yang lebih terang dengan pelbagai material fabrik dalam penghasilannya. Kraftangan Malaysia akan terus memberikan kesedaran kepada masyarakat serta menggalakkan pemakaian batik Malaysia.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya