Batal kelulusan bersyarat kit ujian dua syarikat

Batal kelulusan bersyarat kit ujian dua syarikat

KIT ujian kendiri Covid-19 dua syarikat dibatalkan kelulusan bersyarat MDA. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) membatalkan kelulusan bersyarat kit ujian kendiri Covid-19 bagi Innovac Technology Sdn. Bhd. dan Conan Medical Technology Berhad.

MDA menerusi hantaran Facebooknya memaklumkan, pembatalan dibuat kerana establismen tersebut gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan MDA dan berkuat kuasa serta-merta. 

“MDA menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” katanya di sini hari ini. 

Innovac Technology Sdn. Bhd. dengan kit ujian kendirinya iaitu Covid-19 (SARS-CoV-2) Antigen Kit (Colloidal Gold)-Saliva serta pengilang Anhui Deepblue Medical Technology Co. Ltd. P.R China, manakala Conan Medical Technology Berhad dengan kit ujian Wiz Biotech SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Nasal Swab) iaitu pengilang Xiamen Wiz Biotech Co. Ltd. P.R China. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya