Bantuan ePemula RM150 dikredit menerusi 4 platform  e-dompet - Utusan Malaysia

Bantuan ePemula RM150 dikredit menerusi 4 platform  e-dompet

Kerajaan akan membayar inisiatif RM150 ePemula menerusi empat platform e-dompet.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan e-dompet dipilih sebagai platform mengkreditkan bantuan  RM150 kepada pelajar berumur 18 hingga 20 tahun dalam program  ePemula.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya menyebut, empat platform itu ialah  BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. 

Buat masa ini, katanya, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 juta. 

“Di bawah Bajet 2022, sebanyak RM300 juta  diperuntukkan untuk memanfaatkan sekitar dua juta belia melalui sebuah inisiatif e-tunai, ePemula.

“Belia yang layak akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang melalui aplikasi e-dompet terbabit,” katanya, hari ini. 

Kenyataan itu menyebut, semua peniaga PKS yang belum berdaftar untuk menerima bayaran pembeli secara elektronik atau tanpa tunai disarankan untuk mendaftar dengan penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat. 

“Ia bagi membolehkan mereka mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula apabila program bermula pada pertengahan bulan April,” katanya. 

Ahad lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program ePemula ialah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas untuk golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Program ePemula akan mengkreditkan RM150 secara ‘one-off’ ke dalam akaun e-dompet golongan belia yang melibatkan  lebih dua juta orang,” kata Tengku Zafrul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya