Banjir: Peniaga Uptown Shah Alam terima geran TEKUN RM3,000

Banjir: Peniaga Uptown Shah Alam terima geran TEKUN RM3,000

HASSAN Nuruddin (depan, lima dari kiri) dan Azhari Shaari (depan, enam dari kiri) bergambar bersama pada Majlis Penyampaian Geran Tekun Untuk Mangsa Banjir di Bangunan UMNO Bahagian Shah Alam di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 89 peniaga daripada 430 gerai di Uptown Shah Alam yang terjejas akibat banjir Disember lalu menerima bantuan sebanyak RM3,000 hari ini.

Bantuan tersebut merupakan geran daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) untuk meringankan beban peniaga di sana terutama untuk berniaga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi TEKUN, Hassan Nuruddin berkata, semua peniaga di situ didapati mengalami kerugian ribuan ringgit akibat barang jualan ditenggelami air selama beberapa hari.

“Kerugian berjumlah ratusan ribu melibatkan 430 kedai di Uptown Shah Alam. Ada peniaga yang mengalami kerugian melibatkan rumah dan kedai mereka,” katanya selepas Majlis Penyampaian Geran TEKUN Untuk Mangsa Banjir di Bangunan UMNO Bahagian Shah Alam hari ini.

Yang hadir menyampaikan sumbangan adalah Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) Shah Alam, Datuk Azhari Shaari dan Timbalannya, Datuk Ahmad Safri Hanifullah.

Beliau berharap, bantuan geran tersebut dapat membantu peniaga kembali bangkit memulihkan perniagaan yang telah lama tidak beroperasi.

Dalam pada itu, Azhari berkata, dalam program tersebut, seramai 164 mangsa banjir dalam kalangan peminjam TEKUN menerima geran sebanyak RM3,000 untuk mereka kembali menjana perniagaan. 

Sementara itu seorang kontraktor kecil dari Padang Jawa, Zikri Hakim Kassim,28,  berkata, dia kerugian hampir RM5,000 disebabkan peralatan kerja berasaskan elektrik miliknya ditenggelami air.

“Peralatan elektrik seperti penggerudi dan lain-lain musnah ditenggelami air menyebabkan saya tidak dapat bekerja lebih beberapa bulan.  Alhamdullillah dengan geran TEKUN ini saya dapat membeli peralatan baharu untuk bekerja semula sebagai kontraktor kecil elektrik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya