Banduan larikan diri: Empat lagi masih bebas

Banduan larikan diri: Empat lagi masih bebas

EMPAT orang banduan tahanan reman mahkamah yang masih bebas selepas melarikan diri dari Penjara Jelebu pada Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Polis berjaya memberkas seorang lagi banduan tahanan reman yang melarikan dari Penjara Jelebu pada awal pagi Ahad lalu di Sungai Muntoh, Titi dekat sini, kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, banduan bernama Shazuan Md Sharif berusia 32 tahun itu ditangkap oleh pihak Penjara Jelebu sekali gus menjadikan tiga orang banduan telah ditahan semula daripada keseluruhan tujuh orang yang melarikan diri.

“Tangkapan telah dibawa ke Mahkamah Bahau, Jempol untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan dibenarkan tahanan reman selama empat hari bermula esok sehingga 16 April 2022.

“Tangkapan ini telah menjadikan jumlah seramai tiga orang telah ditangkap. Usaha giat pihak polis bersama pihak penjara masih diteruskan bagi mengesan baki empat orang banduan yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan seramai tujuh orang banduan tahanan reman mahkamah telah melarikan diri dari Penjara Jelebu pada awal pagi Ahad lalu.

Semalam, polis berjaya menangkap semula seorang banduan bernama Mohd. Zairizan Zainal, 42, yang ditahan di Kampung Petasih Tengah, Pertang di sini, pada pukul 5.15 pagi semalam. 

Terdahulu pada hari kejadian polis berjaya melakukan tangkapan terhadap banduan bernama Sohaimi Khalid, 50, yang diberkas di kawasan kebun sawit, Kongkoi di sini dalam jarak dua kilometer dari Penjara Jelebu pada pukul 7 petang.

Empat lagi banduan yang masih bebas dikenali sebagai Muhammad Syafiq Rohmat, 32; Mazlan Samah, 39; Mohamad Aminuddin Khan Mohd. Yusof, 28; dan seorang warganegara Indonesia dikenali sebagai, Zainuddin, 62.

Sementara itu, Maslan menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan ke balai polis yang berhampiran atau menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu di talian 06-6136222, Bilik Gerakan Jelebu 06-6137999; atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Zuria Anis  Mahassan di talian 016-6096996. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya