Ayam: KPDNHEP Johor keluar 61 kompaun bernilai RM40,000 - Utusan Malaysia

Ayam: KPDNHEP Johor keluar 61 kompaun bernilai RM40,000

Kerajaan akan menyiasat dakwaan wujud kartel dalam industri perternakan ayam di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor mengeluarkan kompaun berjumlah RM40,000 kepada 61 penjual ayam di seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan melibatkan tiga kesalahan iaitu gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu (pink plate), melebihi harga jualan dan tidak mempamer harga jualan.

Menurut beliau, tindakan itu dibuat selepas pihaknya melakukan 2,900 pemeriksaan melibatkan 2,852 pemeriksaan di peringkat peruncit dan 48 pemeriksaan lagi di peringkat pemborong. 

“Pemeriksaan yang dijalankan seramai 200 pegawai penguatkuasa itu melibatkan pasar basah, pasar awam, pasar raya dan juga pembekal seperti pemborong, peladang, pengeluar dan pengimport di seluruh negeri.

“Selain itu, KPDNHEP Johor juga mengeluarkan 60 notis kepada peniaga di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 bagi menjalankan siasatan sama ada wujudnya sebarang elemen pencatutan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya komited dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat dengan pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi memastikan harga barangan berpatutan dan stabil. 

“Sehubungan itu, kami juga menasihati peniaga untuk mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya,” jelasnya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan beberapa peniaga ayam mengambil kesempatan dengan menjual ayam melebihi harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM8.90 sekilogram.

Mereka mendakwa terpaksa meletakkan harga sehingga RM10 sekilogram dengan memberikan alasan menerima ayam segar pada harga RM8.60, selain turut perlu membayar kos pengangkutan RM1 bagi setiap ekor ayam.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya