Astro Kasih ESG santuni 250 penduduk PPR Desa Tun Razak - Utusan Malaysia

Astro Kasih ESG santuni 250 penduduk PPR Desa Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memanfaat keberkatan sempena bulan Ramadan, Astro Kasih Environmental Social Governance (ESG) menyantuni kira-kira 250 penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak dekat sini, baru-baru ini.

Usaha yang digerakkan menerusi Kempen Ramadan Astro, Semangat Lebaran Kita ini turut menarik penglibatan Mc Donalds Malaysia dan Yayasan Ikhlas.

Tujuan program ini dijalankan antara lain adalah untuk memberi peluang kepada penduduk di PPR berkenaan merasai nikmat Ramadan dengan lebih bermakna.

Antara sumbangan yang diberikan adalah keperluan asas seperti beras, gula, bihun, biskut, minuman berkhasiat dan kurma untuk setiap keluarga di komuniti tersebut.

Selain itu, pihak Yayasan Ikhlas juga tampil memberi sumbangan wang ringgit bernilai RM100 kepada setiap isi rumah.

Pihak Mc Donalds pula menyumbangkan RM10,000 kepada Yayasan Ikhlas untuk menggerakkan aktiviti mereka sepanjang Ramadan.

Kempen ini juga menarik penglibatan beberapa artis tempatan seperti Nadhir Nasar, Yaya Zahir, Erissa Puteri, Idris Brown, Putera Madam, Padel Madam, Fatimah Noryyah dan Syazwan Shuhaimi.

Antara aktiviti yang dianjurkan seperti pengagihan bubur lambuk, pemberian sumbangan dan sesi beramah mesra bersama komuniti PPR Desa Tun Razak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya