Asid sulfurik tumpah, 57 pelajar dibawa ke hospital

Asid sulfurik tumpah, 57 pelajar dibawa ke hospital

SEBAHAGIAN pelajar yang dibawa ke Hospital Jitra, Kedah, selepas berlaku tumpahan bahan kimia dipercayai asid sulfurik di sekolah itu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Lebih 57 pelajar sebuah sekolah menengah agama dekat sini dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut selepas berlaku tumpahan bahan kimia dipercayai asid sulfurik di sekolah tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, kejadian berlaku pagi ini ketika pihak kontraktor menjalankan kerja-kerja pemindahan bahan kimia di sekolah berkenaan.

“Difahamkan, terdapat satu tong asid sulfurik mengalami tumpahan ketika kerja-kerja itu dilaksanakan oleh kontraktor terbabit hari ini.

“Pihak bomba dimaklumkan kejadian itu dan puluhan pelajar sekolah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kerana ada yang mengalami pedih mata dan beberapa simptom lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba turut melaksanakan kerja-kerja pengudaraan serta mencuci sisa-sisa bahan kimia tersebut.

“Sekurang-kurangnya 10 pelajar mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah manakala lebih 40 orang lagi menerima rawatan di Hospital Jitra.

“Pemantauan dijalankan selama beberapa jam terhadap pelajar terlibat. Jika tidak mempunyai simptom membimbangkan, mereka akan dibenarkan pulang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN