Anwar masih relevan sebagai calon PM - Utusan Malaysia

Anwar masih relevan sebagai calon PM

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak  jujur dalam mempertahankan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bercakap secara eksklusif kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendedahkan sikap Mahathir yang sentiasa mengetepikan janji-janji PH kepada rakyat sepanjang pemerintahan beliau.

“Pimpinan PH yang  banyak membuat keputusan tidak mementingkan rakyat  ialah Dr. Mahathir dan tidak dilupakan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya mempertahan semua perkara yang dicuba untuk menidakkan hak rakyat. Saya tidak berkompromi dengan banyak idea Dr. Mahathir,” katanya ketika ditemu bual di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kapar semalam

Menurut beliau, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih  relevan untuk menjadi Perdana Menteri.

“Rakyat  tidak boleh keliru dengan kepimpinan Dr. Mahathir sepanjang 22 bulan PH memerintah. Anwar belum ditonjolkan kelebihan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan kalau kita lihat lontaran idea Anwar, beliau  telah banyak  membantu kerajaan memberi pendapat  menyeluruh,” kata beliau

Selain, Abdullah Sani berkata, Anwar wajar diberi peluang menerajui negara selain beliau mempunyai rekod cemerlang ketika menjawat jawatan menteri dahulu.

“Beliau meletakkan standard yang tinggi dalam kepimpinan kerana sifatnya yang mendengar suara rakyat,” katanya.

Menjelang pemilihan PKR Mei ini, Abdullah Sani mencalonkan dirinya sebagai Naib Presiden.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya