Anggota perkhidmatan awam NS terima setengah bulan gaji

Anggota perkhidmatan awam NS terima setengah bulan gaji sempena Aidilfitri

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua anggota-anggota perkhidmatan awam negeri ini sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan tersebut melibatkan implikasi kewangan lebih RM6 juta dan pemberiannya melibatkan sejumlah 4,050 orang termasuk kakitangan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Kata beliau lagi, BKK itu juga akan mula dibayar pada 15 April depan. 

“Sebagai tanda penghargaan, kerajaan negeri mengumumkan pemberian BKK bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000. 

“Pemberian bantuan ini juga sebagai usaha meringankan beban kewangan anggota perkhidmatan awam di bawah kerajaan Negeri Sembilan bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, di sini hari ini. 

Menurut Aminuddin lagi, pemberian khas itu juga diharap akan meningkatkan lagi motivasi penjawat awam negeri ini untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya