Anggota Maritim Malaysia bergelut tangkap 20 nelayan Vietnam ganas - Utusan Malaysia

Anggota Maritim Malaysia bergelut tangkap 20 nelayan Vietnam ganas

SEBAHAGIAN daripada 20 nelayan asing Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia di perairan Tok Bali, kelmarin. - MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terpaksa bergelut hingga dua daripada mereka cedera ketika cuba menahan 20 nelayan Vietnam yang bertindak ganas dalam sebuah bot, Isnin lalu.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku semasa bot ronda Maritim Malaysia menahan sebuah bot dinaiki 19 awak-awak dan seorang tekong warga Vietnam di lokasi 85.2 kilometer dari Kuala Tok Bali, di sini.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, bot nelayan asing itu dikejar dan berjaya ditahan dalam masa 45 minit menerusi Op Khas Naga Barat, Op Khas Kuda Laut dan Op Damai.

“Salah seorang anggota Maritim Malaysia luka di tapak tangan kiri kerana bergelut dengan tekong asing yang bersenjatakan pisau ketika dia cuba bertindak mengambil alih kawalan bot berkenaan.

“Seorang lagi anggota pula cedera ibu jari kanan selepas bergelut dengan awak-awak nelayan asing yang bertindak agresif ketika cuba ditahan, “ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Syed Nor Adl, pemeriksaan awal mendapati semua nelayan asing berusia 20 hingga 48 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri selain bot digunakan tidak memiliki permit menangkap ikan mengikut Akta Perikanan 1985.

Katanya, hasil rampasan kes tersebut merangkumi bot bersama peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan laut sebanyak  500 kilogram serta bekalan diesel dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985  dan Seksyen 16 (3) akta sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya