Anak bulan Ramadan: Langit berawan, tidak penuhi kriteria Imkanur Rukyah Malaysia  - Utusan Malaysia

Anak bulan Ramadan: Langit berawan, tidak penuhi kriteria Imkanur Rukyah Malaysia 

MUFTI Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad melakukan cerapan anak bulan bagi menetapkan tarikh permulaan Ramadan 1443H di Balai Cerap TelOk Kemang, Port Dickson, hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Cuaca berawan dan tidak memenuhi Kriteria Imkanur Rukyah Malaysia menyukarkan proses cerapan anak bulan Ramadan yang dilakukan di Balai Cerap Telok Kemang di sini hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, bagaimanapun, cerapan akan diteruskan esok di lokasi yang sama. 

“Aktiviti cerapan hilal di Port Dickson pada hari ini bermula pada pukul 7.05 malam dan berakhir 7.31 malam. Hasil cerapan hilal Ramadan pada hari ini adalah tidak kelihatan kerana berawan. 

“Bagaimanapun, awal bulan Ramadan adalah tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” katanya kepada pemberita pada Majlis Cerapan Ramadan, Balai Cerap Telok Kemang, di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan (JHEAINS), Datuk Mohd. Zaidi Ramli dan Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Datuk Abbas Nordin.

Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.

Sementara itu, Mohd. Yusof yang merupakan Mufti Negeri Sembilan menjelaskan, kriteria baharu menggunakan Imkanur Rukyah Malaysia itu memenuhi ketinggian hilal di atas ufuk iaitu tidak kurang daripada 3 darjah dan jarak lengkung bulan ke jisim matahari tidak kurang daripada 6.4 darjah.

“Pihak balai cerap memulakan cerapan bermula pukul 6.30 petang tadi. Pada hari ini, matahari terbenam pada pukul 7.21 malam dan bulan terbenam 7.31 malam. Bulan berada pada ketinggian 1 darjah 54 minit dan jarak lengkung 3 darjah 12 minit,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya