Amah 'buat hal', majikan perlu diberi ganti rugi - Utusan Malaysia

Amah ‘buat hal’, majikan perlu diberi ganti rugi

Majikan patut diberi jaminan mendapat ganti rugi jika amah lari atau buat hal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memorandum persefahaman (MoU) pengambilan dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) sepatutnya turut memberi perlindungan kepada majikan iaitu ganti rugi jika pekerja yang dibekalkan lari atau tidak `boleh buat kerja’.

berkhidmat sebagai pembantu rumah membuat masalah seperti melarikan diri sehingga menyulitkan agensi pekerjaan di negara ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata, setakat ini klausa jaminan memihak kepada majikan tidak jelas sama ada dalam bentuk pembayaran ganti rugi atau jaminan lain.

Sebaliknya, menurut beliau, majikan di sini dikhuatiri terpaksa menanggung kerugian jika ada kes melarikan diri walaupun sudah membayar sekurang-kurangnya RM15,000 untuk mendapatkan khidmat mereka.

“Kita faham dengan kehendak Indonesia yang mahukan MoU ini berjaya, tetapi apa jaminan dari segi mutu perkhidmatan, adakah pekerja mereka takkan lari dan tak buat hal? Tak semua jahat dan ikhlas mencari rezeki tetapi ada segelintir yang merosakkan industri.

“Ada yang agensi sudah bayar tapi tak datang kerana mereka lari. Jadi, kita perlu gantikan mereka dengan orang lain pula. Sebab itu, agensi pekerjaan dan majikan perlukan jaminan supaya kita boleh mengambil tindakan dan memastikan mereka (Indonesia) bertanggungjawab terhadap pekerja mereka,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, akhbar ini melaporkan mengenai syarat-syarat pengambilan amah Indonesia menerusi MoU PDI yang dianggap berat sebelah kerana hak majikan tidak dinyatakan dengan jelas jika pembantu rumah berkenaan seperti `lari’ dalam tempoh percubaan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menyifatkan agensi yang menguruskan kemasukan pembantu rumah perlu memberi jaminan kepada majikan tentang perkara itu.

Kadar gaji

Bagaimanapun, Engku Ahmad Fauzi tidak membantah kadar gaji minimum RM1,500 kerana dipersetujui Malaysia dan Indonesia, namun, berharap dasar pengambilan pekerja asing lebih fleksibel dengan memperkenalkan pembantu rumah separuh masa.

“Keperluan pembantu rumah ini tidak seperti dulu, mereka hanya perlu bekerja di waktu siang kerana waktu malam ibu bapa sudah pulang ke rumah. Ada yang mungkin perlukan khidmat amah untuk dua ke tiga kali seminggu sahaja.

“Kalau pembantu rumah separuh masa ini tak dapat datang, kita boleh gantikan dengan orang lain dengan bayaran yang berpatutan, majikan pun sanggup bayar berbanding RM1,500 sebulan,” katanya.

Bukan itu sahaja, beliau juga mencadangkan supaya kerajaan membuka peluang pekerjaan untuk pekerja asing kepada tenaga kerja tempatan.

“Kalau kita kekurangan tenaga kerja asing, berilah peluang kepada tenaga kerja tempatan. Kita ada ramai tenaga kerja yang mempunyai diploma dan diiktiraf kerajaan, mereka lebih layak dapat gaji minimum RM1,500,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya