Aidilfitri: Nilai 3 kembali sesak, jadi tumpuan

Aidilfitri: Nilai 3 kembali sesak, jadi tumpuan

KEADAAN di Nilai 3, Seremban, Negeri Sembilan yang sesak selepas menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah untuk mendapatkan barangan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pusat Perniagaan Nilai 3 di Nilai dekat sini mula menjadi tumpuan orang ramai yang hadir ke lokasi tersebut untuk membeli-belah bagi membuat persiapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi itu semalam mendapati, orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu membeli-belah terutama langsir dan permaidani baharu yang banyak dijual di kawasan Nilai 3.

Golongan peniaga yang ditemui teruja dengan kehadiran ramai pelanggan untuk musim Aidilfitri kali ini selepas dua tahun sebelum ini kawasan tersebut suram semasa Ramadan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurus kedai langsir, Nurul Sakinah Md Z Dullkepele, 31, berkata, pihaknya mula menerima tempahan langsir sebelum bulan Ramadan lagi.

“Alhamdulillah, berbanding dua tahun sebelum ini, kini kami sudah boleh menarik nafas lega. Memang ramai pelanggan terutama hujung minggu dan mereka sanggup menunggu tempahan siap selama satu hingga tiga jam.

“Saya jangkakan selepas pembayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bonus penjawat awam, lebih ramai yang menempah langsir baharu di sini,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja kedai menjual karpet, Mahmoo Taj Badahal, 50, berkata, kebanyakan pelanggan ke Nilai 3 adalah untuk mencari karpet berkualiti yang dijual di situ.

“Kira-kira 75 peratus pelanggan saya datang dari Kelantan dan Kedah yang mahu mencari karpet berkualiti. Walaupun barang naik harga, namun kami mampu memberi diskaun kepada pelanggan,” katanya yang sudah 14 tahun bekerja di situ.

Dalam pada itu, seorang pelanggan, Hashimah Abu Bakar, 36 yang datang dari Sentul, Kuala Lumpur memberitahu, dia mengambil peluang cuti hujung minggu membawa keluarga ke Nilai 3 untuk mencari keperluan sambutan Aidilfitri.

“Saya sekeluarga suka datang ke sini kerana banyak pilihan. Tahun ini saya melihat peningkatan harga karpet tetapi orang ramai tetap membelinya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya