Aidilfitri: Bekalan sawi, timun di Terengganu dijamin cukup - Utusan Malaysia

Aidilfitri: Bekalan sawi, timun di Terengganu dijamin cukup

AZMAN Ibrahim (kiri) memeriksa bekalan terung yang dijual di Pasar Payang di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekalan sayuran di Terengganu dijamin mencukupi pada Hari Raya Aidilfitri walaupun beberapa tanaman kontan itu terjejas dalam bencana banjir yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, ketika ini bekalan sawi, timun, terung dan cili turut dibawa dari luar bagi menampung keperluan yang meningkat pada musim perayaan.

Bagaimanapun katanya, rakyat tidak perlu bimbang kerana bekalan barangan berkenaan di samping produk tani lain masih terkawal.

“Banjir pada Februari lalu menjejaskan produk tani hingga kita terpaksa bergantung sedikit sebanyak kepada bekalan luar.

“Tetapi saya yakin Terengganu tidak akan berdepan dengan isu kekurangan bekalan makanan walaupun permintaan barangan akan meningkat kerana ramai perantau dijangka pulang beraya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Payang di sini hari ini.

Sementara itu, Azman berkata, rata-rata peniaga di pasar berkenaan mematuhi harga maksimum yang ditetapkan dan tiada isu pelanggaran harga dikesan.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus memantau bekalan di samping harga bagi memastikan setiap barangan yang dijual mematuhi kadar ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya