Agong, Permasuri ucap takziah pemergian Bonda Raja Muda Perak

Agong, Permasuri zahir ucapan takziah pemergian Bonda Raja Muda Perak

FOTO Facebook Istana Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Che Mariam Abdullah yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar, tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Che Mariam Abdullah merupakan Bonda Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya