Afrika Selatan kerah tentera bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

Afrika Selatan kerah tentera bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DURBAN: Tentera Afrika Selatan menggerakkan puluhan ribuan anggotanya bagi membantu mangsa banjir di wilayah KwaZulu-Natal yang terjejas teruk.

Lebih 440 orang maut dalam kejadian banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat sejak minggu lalu.

Lapor Al Jazeera, Pasukan Pertahanan Nasional Afrika Selatan (SANDF) diarahkan untuk menggerakkan 10,000 anggota bagi misi bantuan itu.

Menurut SANDF, ia melibatkan pelbagai tugasan termasuk kerja pembersihan dan menghantar bantuan.

Jelasnya, SANDF juga akan menyediakan bantuan perubatan dan helikopter untuk operasi mencari dan menyelamat.

Ketika ini, seramai 443 orang maut akibat banjir dan angka kematian itu dijangka meningkat.

Harapan untuk menemukan mangsa yang terselamat dalam bencana itu semakin tipis.

Banjir itu mengakibatkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal selain bekalan elektrik terputus dan perkhidmatan air terganggu.

Bencana itu juga mengganggu operasi pelabuhan Durban, yang merupakan pelabuhan paling sibuk di Afrika Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya