ADUN Hulu Kinta tawar diri pertahan jawatan AMPP  PKR

ADUN Hulu Kinta tawar diri tanding jawatan AMPP PKR Pusat

MUHAMAD ARAFAT VARISAI MAHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad menawarkan diri bertanding sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat dalam pemilihan PKR tahun ini.

Beliau sebagai Ketua Cabang PKR Tambun yang disandangnya sejak lapan tahun lalu mahu bertanding jawatan tersebut.

“Selaku wakil rakyat bagi kawasan Hulu Kinta, saya telah membuktikan  komitmen jauh lebih baik dalam menjaga kebajikan rakyat, menyantuni rakyat, mempertahan hak serta suara rakyat berbanding wakil rakyat sebelum ini.

“Dalam keadaan peruntukan terhad, saya berjaya mengurus Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta yang mempunyai jumlah pengundi kedua terbesar di Perak iaitu seramai 73,944 orang. Lebih besar berbanding jumlah pengundi Parlimen Sungai Siput iaitu seramai 72,259 orang.

“DUN Hulu Kinta berjaya saya uruskan tanpa mengkhianati mandat rakyat sepertimana dilakukan segelintir wakil rakyat dari Perak apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan pada 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, jelasnya, sebagai Ketua Cabang PKR Tambun sejak 2015, dia membina cabang tersebut ke tahap pencapaian yang terbaik iaitu memiliki ahli teramai di Perak dan antara ranting terbanyak di negeri itu.

“Dengan pengalaman politik selama 17 tahun, aktif di lapangan bermula sebagai akar umbi sehingga menjadi wakil rakyat, saya menyedari tugas utama sekarang adalah fokus kebajikan rakyat, terus meyakinkan pengundi atas pagar dan mengembalikan kerusi Tambun kepada PKR dan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya