‘Ada baju, songkok, kasut, sampin... seronoklah’

‘Ada baju, songkok, kasut, sampin… seronoklah’

NORLIZA Abdul Rahim sambil diiringi Mohd. Salem Kailany menghulurkan duit raya kepada anak yatim dan asnaf dalam majlis berbuka puasa di Rumah Kelab Crescent Dew, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: “Tahun lepas, saya ada sehelai baju raya sahaja. Itupun, emak yang belikan. Tapi tahun ini dapat macam-macam. Ada baju, songkok, kasut, sampin…seronoklah.”

Itu kata Mohamad Fakry Darwisy Noreezri, 10, ketika ditanya mengenai perasaannya untuk menyambut Aidilfitri kali ini.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu antara 40 anak yatim dan asnaf yang diraikan oleh syarikat pemaju hartanah, UDA Holdings Berhad dalam Majlis Syukuri Ramadan @ Penang di Mydin Kepala Batas, di sini semalam.

Selain dibawa membeli pakaian atau kelengkapan sempena Aidilfitri dengan peruntukan berjumlah RM250 bagi setiap penerima, kesemua kanak-kanak itu juga diraikan dalam majlis berbuka puasa di Rumah Kelab Crescent Dew, Bertam, tidak jauh dari situ.

Hadir meraikan mereka ialah Pengerusi UDA Holdings, Datuk Norliza Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pembangunan Hartanah UDA Holdings Berhad, Noor Azmi
Salleh.

Dalam pada itu, ibu kepada Mohamad Fakry Darwisy difahamkan hanya bekerja sebagai penjual kuih manakala bapanya meninggal dunia sejak tiga tahun lepas iaitu ketika dia baharu menjejakkan kaki ke Tahun Satu.

Mohamad Fakry Darwisy juga dipinjamkan kasut oleh ibunya kerana kanak-kanak tersebut dikatakan tidak memiliki kasut yang sesuai untuk ke majlis itu.

Bagi seorang lagi kanak-kanak, Nur Sofia Humaira Mohd. Hadi, 8, kegirangan mendapat baju raya baharu jelas terpancar pada wajah kecilnya.

“Tahun lepas saya tak beli baju raya pun. Tahun ini baru ada. Seronok. Tak sabar nak raya dengan kawan-kawan,” katanya yang kini tinggal bersama neneknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya