NIBONG TEBAL: Seramai 527 tahanan warga asing di Depoh Sementara Imigresen Sungai Bakap, di sini dipercayai melarikan diri hari ini.
Difahamkan tahanan berkenaan meloloskan diri dari depoh berkenaan dalam rusuhan kecil kira-kira 4.20 pagi tadi.
SEBAHAGIAN daripada warga asing yang dirakam melarikan diri Depoh Sementara Imigresen Sungai Bakap. – MEDIA SOSIAL
Bagaimanapun, kira-kira 100 tahanan dikatakan berjaya ditahan berdekatan Lebuh Raya Utara-Selatan di sini setakat ini.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dijangka mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat. – UTUSAN