48,000 stok ubat Paxlovid tiba hari ini - Utusan Malaysia

48,000 stok ubat Paxlovid tiba hari ini

STOK ubat Paxlovid bagi merawat jangkitan Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd. (Pharmaniaga) menerima sebanyak 48,000 stok ubat produk Paxlovid (PF-07321332 150mg Film-Coated Tablets and Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) bagi merawat jangkitan wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, penggunaan Paxlovid adalah satu lagi senjata melawan Covid-19 iaitu ubat antiviral untuk aspek rawatan Covid-19.

“Alhamdulillah, 48,000 stok ubat Paxlovid telah selamat sampai di Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd. yang disyorkan untuk rawatan pesakit Covid-19 dewasa berusia 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen serta berisiko tinggi untuk mendapat gejala Covid-19 teruk.

“Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada vaksinasi Covid-19 atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam untuk mengelak dijangkiti Covid-19,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas Noor Hisham, ubat tersebut diberikan segera selepas individu itu dikesan positif Covid-19, dan dalam tempoh masa lima hari gejala bermula untuk keberkesanan optimum.

Paxlovid sebelum ini diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi rawatan Covid-19 yang dibuat menerusi mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang 3 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya