47 stesen minyak Petronas jadi safety point 

47 stesen minyak Petronas jadi safety point 

MAT Kasim Karim (kiri) menyerahkan plug Program GSTP di Stesen Petronas Solaris Putra kepada wakil Petronas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program Jelajah Op Selamat ke-18 dilancarkan di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) selama tiga hari bermula semalam.

Sepanjang tempoh sama juga Program ‘Go To The Safety Points’ (GSTP) turut dilancarkan. 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, kedua-dua program tersebut memberi penekanan keselamatan pengguna jalan raya dan advokasi berkenaan undang-undang trafik.

Kata beliau, bagi Jelajah Op Selamat 18 akan bermula dari 22 hingga 24 April dengan melibatkan 47 buah stesen minyak Petronas di lokasi terpilih mengikut zon di semua negeri.

“Turut didedahkan peranan GSTP kepada orang ramai sekiranya berlaku situasi kecemasan dan tindakan awal sebelum bantuan tiba memandangkan ramai di kalangan mereka bergerak ke balik ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri,” katanya 

Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran program tersebut di Stesen Petronas Solaris Putra dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalangan; Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan dan Ketua Keselamatan Kumpulan Petronas, Datuk Seri Zulkifili Abdullah.

Mat Kasim berkata, inisiatif tersebut dijalankan untuk memastikan masyarakat lebih cakna terhadap keselamatan jalan raya memandangkan masih ramai pemandu yang didapati masih ingkar peraturan trafik semasa Op Selamat ke-17 sempena Tahun Baharu Cina Februari lalu.

Katanya, sebanyak 47 stesen minyak telah terpilih melibatkan enam zon iaitu Zon Tengah (Kuala Lumpur,Selangor), Utara (Kedah,Pulau Pinang, Perak), Timur (Kelantan,Terengganu, Pahang),Selatan (Johor,Melaka,Negeri Sembilan), Sabah (Kota Kinabalu, Papar, Penampang) dan Sarawak (Kuching, Padawan, Kota Samarahan).

“JSPT bersama Petronas melancarkan Jelajah Op Selamat ke-18 ini demi  memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Kita akan pergi ke stesen minyak terpilih dan sama-sama memberi advokasi kepada masyarakat agar keselamatan mereka terjamin,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, Op Selamat ke-18 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 masih mengekalkan tema ‘Rumah selamat, selamat sampai ke destinasi’ yang dijangka dilancarkan pada 26 April di peringkat induk dan akan mula beroperasi bermula 29 April hingga 8 Mei depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya