30 minit keluarkan kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh

30 minit keluarkan kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh

KANAK-kanak lelaki berusia empat tahun yang terperangkap dalam tempat pengering mesin basuh di kediamannya di Kuala Paka di Dungun, Terengganu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Gara-gara mahu mengambil lampu suluh yang terjatuh, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terperangkap dalam bahagian pengering mesin basuh di kediamannya di Kuala Paka di sini, semalam.

Mangsa, Ahmad Habibullah Zainal Abidin bagaimanapun berjaya diselamatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka kira-kira pukul 9.30 malam. 

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBM) negeri, Azman Alias berkata, pihaknya mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan kanak-kanak itu yang tersangkut dari bahagian kaki hingga pinggang dalam tempat pengering mesin basuh separa automatik itu.

“Bomba terpaksa memotong tempat pengering itu dengan menggunakan peralatan khas untuk menyelamatkan mangsa. 

“Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya