20,000 ekor ayam dijual RM5 seekor

20,000 ekor ayam dijual RM5 seekor

NOH Omar (tengah) menyerahkan ayam yang dijual dengan harga RM5 dekat Padang Astaka Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebanyak 20,000 ayam bulat dijual dengan harga istimewa iaitu RM5 seekor sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurut Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, setiap orang hanya dibenarkan membeli dua ekor ayam.

“Program hari ini adalah untuk memberi peluang kepada rakyat mendapat ayam murah dengan harga RM5 bagi dijadikan juadah di hari raya.

“Sambutan yang hangat diterima daripada orang ramai bermula pukul 8 pagi. Hari ini dan esok kita menjual lagi 10,000 ekor,” katanya ketika menghadiri program jualan ayam di Padang Astaka Tanjong Karang bersama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Tambah Noh, beliau berharap jualan tersebut dapat meringankan beban kenaikan makanan itu yang ketika ini berada pada harga RM8.90, terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Selain itu terdapat juga jualan barangan BA100 oleh pihak Angkasa seperti minyak, beras,gula, tepung dan lain-lain dijual hari ini.

“Selain itu kita menjual daging lembu segar dengan harga RM30 sekilo. Kalau di luar RM40 yang mana kita beri subsidi RM10,” katanya.

Jelasnya lagi, sebanyak 10,000 kilogram daging lembu disediakan untuk program jualan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya