14,944 kes baharu Covid-19

14,944 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 14,944 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan  jumlah keseluruhan kes berjumlah 4,307,529 kes. 

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 14,045 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kes sembuh sehingga semalam adalah 4,113,831 kes.

Sebanyak 158,439 kes aktif dicatatkan, dengan 154,880 kes (97.8 peratus) menjalani kuarantin di rumah, 341 kes (0.2 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 3,012 kes (1.9 peratus) di hospital. 

Selain itu, sebanyak 97 kes (0.1 peratus) menjalani kuarantin di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan Alat Bantuan Pernafasan (ABP), manakala 109 kes (0.1 peratus) lagi memerlukan ABP. 

Dalam pada itu, sebanyak 31 kematian akibat Covid-19 direkodkan termasuk enam kematian di luar hospital (BID), menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini adalah 35,259 kes. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya