11 MP anggotai JK Khas gubal Akta Anti Lompat Parti

11 MP anggotai JK Khas gubal Akta Anti Lompat Parti

parlimen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seramai 11 orang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menggubal Akta Anti Lompat Parti.

Ia termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Bersatu-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PAS- Kota Bharu).

Selain itu, ia turut dianggotai Lukanisman Awang Sauni (Sibuti), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang), Datuk Seri Wilfred Madius Tungau (Tuaran), Datuk Seri Saifuddin Nasution (PKR-Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Ignatius Dorell Leiking (Penampang).

“Bagi tujuan tersebut, Jawatan Kuasa Pilihan Khas boleh menjemput mana-mana pihak seperti ahli-ahli parlimen atau pakar perundangan dan perlembagaan. Badan bukan berkepentingan iaitu NGO dan masyarakat madani serta individu-individu lain untuk hadir dalam persidangan jawatan kuasa dari semasa ke semasa.

“Kawasan-kawasan ini berhak menentukan penjadualan persidangan mereka sendiri sama ada diadakan di Parlimen atau di mana-mana tempat lain mengikut kesesuaian ketua pentadbir Parlimen,” ujar Wan Junaidi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya