10 kes bagaimana nak cepat? Najib jawab Muhyiddin - Utusan Malaysia

10 kes bagaimana nak cepat? Najib jawab Muhyiddin

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan beliau dikenakan 10 kes oleh Jabatan Peguam Negara dan sedang berjalan serentak.

Ini susulan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta perbicaraan bagi kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disegerakan untuk memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia.

Justeru, Najib mempersoalkan bagaimana kes yang dikenakan terhadapnya itu dapat disegerakan?

“Bulan Ramadan, Muhyiddin cuma fikir benda macam ini? Tetapi dia tak terfikir bahawa masa dia dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan PN, saya telah dikenakan 10 kes oleh Jabatan Peguam Negara yang berjalan serentak. Bagaimana nak dipercepatkan?

“Ini adalah senarai kes-kes yang saya sedang hadapi (iaitu) kes SRC International RM42 juta – Kerajaan PH (kes ini sudah di peringkat Mahkamah Persekutuan); kes SRC RM27 juta – kerajaan PH (kes ini baru bermula); kes 1MDB-Tanore – Kerajaan PH (dalam perbicaraan); kes Laporan Audit – Kerajaan PH (dalam perbicaraan) dan kes International Petroleum Investment Company (IPIC) – Kerajaan PH (dalam perbicaraan).

“Saman sivil lucut hak dana tunai – Kerajaan PH (saya sudah menang kes ini); saman sivil lucut hak barangan – Kerajaan PH (saya sudah menang kes ini); saman muflis cukai RM1.7 bilion Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) – Kerajaan PH dan PN; saman sivil ganti rugi 1MDB AS$8 bilion (RM33.5 bilion) – Kerajaan PN dan saman sivil ganti rugi SRC AS$1.18 bilion (RM4.94 bilion) – Kerajaan PN,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Najib, 10 kes tersebut juga belum mengambil kira pendakwaan terhadap dua peguam belanya dan kes-kes saman yang dihadapi ahli-ahli keluarganya.

Justeru katanya, adalah terlalu mudah untuk mereka mengenakan puluhan kes ke atasnya kerana kos membayar peguam mereka itu di bar kerajaan manakala kuasa dan memulakan pendakwaan adalah kuasa mutlak kerajaan, tetapi beliau perlu menanggung kos peguam dan menghadapi setiap kes satu per satu.

“Saya sudah naik turun mahkamah hampir 500 hari dalam tempoh empat tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Duduk pukul 9 pagi hingga 5 petang dalam mahkamah hampir setiap kali. Tetapi saya tak lari, saya tak runding dan saya tak menyerah. Saya terus melawan agar saya mendapat keadilan sebenar.

“Yang lagi hairan ialah satu persatu kes-kes pemimpin PH pula ditarik balik oleh Peguam Negara manakala kes-kes yang mereka jelas bersalah seperti ‘video tak high definition (HD)’ tidak didakwa pula. Yang melompat juga tiba-tiba tiada kes lagi. Pelik.

“Seterusnya kes-kes terhadap pengurusan serta pengarah SRC atau 1MDB juga tidak didakwa atau ditarik balik manakala pihak-pihak seperti keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang menerima RM700 juta dari ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan bekas menteri yang membuat keputusan SRC menerima RM85 juta dari Jho Low tidak didakwa oleh kerajaan PH dan PN yang tumbang pula.

“Maklumat-maklumat ini juga tidak didedahkan dalam mahkamah oleh pendakwaan, tidak diberitahu kepada peguam saya bagi pembelaan saya malah dijadikan saksi pendakwaan pula,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya